Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) bukanlah sesuatu yang baru dimana amat sinonim dengan Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya (UPPsi). Secara amnya, kesemua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sendiri di Malaysia memiliki kelab sokongan ini, di mana ahlinya memainkan tanggungjawab yang besar dalam memberikan sokongan moral serta sosial kepada rakan sepengajian dan membuat program kepada warga kampus.
Tidak dinafikan bahawa PRS memainkan peranan yang besar terhadap Politeknik apabila mereka juga bertanggungjawab dalam merancang serta melaksanakan beberapa program yang berguna kepada warga kampus dan masyarakat setempat. Sesungguhnya mereka turut memikul amanah yang cukup besar dalam menjadi contoh yang baik serta ikutan bagi rakan-rakan sepengajian mereka.
Blog ini merupakan salah satu langkah proaktif oleh pihak PRSPMU untuk berkomunikasi dengan para pelajar di Politeknik Mukah dan juga kepada semua ahli dan alumni.Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Untuk makluman blog ini adalah kendalian PRSPMU. .
Bantu Diri Bantu Rakan. PRSPMU Hebat!!