Monday, February 8, 2010

Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya (UPPsi) Politeknik Mukah Sarawak

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Monday, February 08, 2010 0 comments








Pengenalan :
Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan Unit Sokongan Akademik di Politeknik Mukah Sarawak. Mula ditubuhkan pada bulan Ogos  2004. Penubuhan ini adalah bertujuan untuk  memberi khidmat kepada pelajar–pelajar  yang menghadapi pelbagai masalah seperti masalah akademik, sosial dan seluruh aspek kehidupan. Maka unit ini berperanan membantu pelajar-pelajar agar dapat mengatasi cabaran hidup di kampus, belajar dengan lebih sempurna serta berjaya di dalam bidang kerjaya yang bakal diceburi.


Fungsi :
Unit Bimbingan dan Kaunseling berfungsi untuk memberikan perkhidmatan rundingcara kaunseling sama ada secara berkumpulan atau individu serta memberi khidmat nasihat bimbingan kerjaya pelajar. Khidmat kaunseling kerjaya juga bertanggungjawab dalam mengendalikan temuduga di dalam kampus PMU serta menyediakan informasi dan maklumat berkenaan dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya. Unit ini juga telah melatih pelajar-pelajar sebagai pembimbing rakan siswa untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada rakan-rakan mereka.


Fasiliti :
Antara kemudahan yang terdapat di Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya adalah;
  • 1 .Bilik Kaunselor
  • 2. Bilik Mesyuarat Kaunseling
  • 3. Bilik Rundingcara
Perkhidmatan Kaunseling :

Apa dan bagaimana??

Kaunseling merupakan satu proses;
- Menolong anda belajar mengenali diri dan persekitaran.
-mengenalpasti cara-cara mengendalikan tugasan dan perhubungan orang lain (Hansen,    Ressbeg dan Cramer, 1994)

Dalam proses kaunseling, kaunselor akan mebantu anda untuk;
-Memperbaiki imej diri yang negatif
-Menyesuaikan diri dengan keadaan
-Mengerakan perubahan tingkah laku
-Menjadi lebih produktif
-Memupuk sumber dalaman
-Mempertingkatkan kebolehan membuat keputusan
-Mengurus masalah yang 'belum selesai' dalam kehidupan

Perkhidmatan Kaunseling di UPPsi PMU :

Kami menawarkan perkhidmatan kaunseling berbentuk:
1.Sesi kaunseling individu
2.Sesi kaunseling kelompok (bersama rakan-rakan)

Anda digalakkan untuk datang kepada kami jika anda menghadapi isu-isu :

1. Tekanan/stress belajar
2.Perancangan kerjaya dan masa depan
3.Perhubungan antara individu
4.Peluang pendidikan lanjutan
5.Pengurusan masa
6.Pengurusan emosi
7.Membuat keputusan
8.Penyesuaian diri dengan keadaan belajar
9.Keluarga
10.Membuat resume/CV

Cara mendapatkan Temujanji :

Berjumpa dengan ahli PRSP/PBKJ/Pensyarah/Pegawai Psikologi di UPPSi
]
Dapatkan tarikh temujanji
]
Hadiri sesi bersama Pegawai Psikologi

Senarai Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling Jabatan

JKA = Pn Normawati Bt Abdul Rahman

JKE = En Saltihie Bin Zeni

JKM= En Ahmad NAzmi Bin A. Rahman

JTMK = Pn Jessie Bt Selahat

JP= En Dicky Wiwittan Toto Ngadiman

JPA = En Mohd Zaid B Ismail

JMSK = Pn Syakiroh Bt Mohd Taufik


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Pegawai Kaunseling dan Kerjaya PMU
1. Cik Woo Chiat Sing 
     
     Telefon no : 084874001 Ext 8028  Email : cswoo@pmu.edu.my


Dimanakah UPPsi???


Masa Perkhidmatan :
Isnin-Khamis 
8.00pagi-1.00petang
2.30 petang-5.00 petang


Jumaat
8.00pagi-12.00tgh/h
2.45petang-5.00petang


Sekitar UPPsi


Bilik Kaunselor







Pejabat Kaunselor