Friday, December 31, 2010

IMBASAN RINGKAS PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG 2010

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Friday, December 31, 2010 1 comments

Induksi Asas PRSP PMU di Kem Biro Wanita Sarawak, Kuching Sarawak.
29-30 April 2010.
  • Merupakan kursus asas bagi semua ahli baru PRSP
  • Disertai 60 orang ahli PRSP
  • Bagi membina keyakinan diri, bakat memimpin dan membimbing dalam diri sebagaimana yang diperlukan sebagai seorang ahli PRSP
  • Menekankan kepada peranan dan tangungjawab sebenar sebagai ahli PRSP
  • Disamping meningkatkan motivasi dan semangat dalam diri.
  • Ceramah Peranan PRSP disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Kolej Komuniti Kuching yang dijemput khas.
  • Aktiviti yang terlibat seperti Kemahiran Asas Menolong, Kemahiran Mendengar, Komunikasi Berkesan serta beberapa LDK dan Permainan.
Ekspedisi Pendakian Gunung Santubong, Kuching Sarawak.
1 Mei 2010.
  • Pendakian disertai oleh seramai 60 orang ahli PRSP dan 9 Orang Pensyarah Pengiring serta seorang Pegawai Psikologi.
  • Objektif pendakian ini adalah bagi membina semangat dan ketahanan mental dan fizikal peserta serta semangat berpasukan antara ahli.
  • Pendakian dipandu oleh Pengakap dari Sekolah Menengah Teknik Sejingkat Kuching Sarawak.
  • Pendakian bermula pada jam 9 pagi dan berjaya menawan puncak Santubong pada jam 12 tengahari.
  • Pasukan pendakian berjaya menuruni gunung santubong pada jam 3 petang.
Pegawai psikologi, Pensyarah Bimbingan Kauseling Jabatan dan Pensyarah Pengiring

Antara ahli-ahli PRSPMU yang ikut mendaki

"Sampai dah!"

Program Bersamamu Rumah Seri Kenangan Kuching Sarawak.
2 Mei 2010.
  • Program amal PRSP
  • Seramai 60 orang ahli terlibat
  • Tujuan selain melibatkan diri dengan kerja amal adalah bagi memupuk nilai-nilai murni dan kasih sayang terhadap orang yang kurang bernasib baik.
  • Seramai 100 orang-orang tua disampaikan sumbangan dan dihiburkan
Program Special Training For Young Leaders (STYLE) untuk PRSP di FELDA Residence Resort, Trolak, Sungkai Perak.
7-11 Mei 2010.
  • Merupakan program peringkat Kebangsaan yang melibatkan sebanyak 27 buah Politeknik seluruh Negara.
  • Seramai hampir 200 orang pelajar yang terdiri daripada ahli PRSP setiap politeknik dan enam (6) orang pelajar daripada PMU.
  • Program berbentuk kepimpinan bertujuan melahirkan pemimpin dan pembimbing yang berkaliber.
  • Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
PRSP Seluruh Malaysia


    Kem Personaliti Unggul PRSP PMU 2010 di Gua Long House, Bakam, Miri Sarawak.
    29-30 Julai 2010.




    • Disertai oleh seramai 60 orang pelajar dan diiringi oleh 9 orang pegawai pengiring dan seorang Pegawai Psikologi.
    • Bermatlamatkan membentuk pembimbing yang lebih berwibawa dan berperwatakan menarik untuk dijadikan role model kepada pelajar-pelajar lain.
    • Program ini bertambah menarik kerana dijalankan di Rumah Panjang iaitu rumah orang Iban di Sarawak.
    • Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya sesi Ice Breaking, Explorace, Art Terapi dan LDK-LDK.
    Ekspedisi Gua Niah, Niah National Park, Batu Niah, Miri Sarawak.
    31 Julai 2010.
    • Seramai 60 orang ahli PRSP diiring 10 orang pegawai termasuk Pegawai Psikologi.
    • Lebih menarik ekspedisi ini turut disertai oleh Pengarah PMU sendiri dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMU.




    Ahli PRSP bersama dengan Pengarah PMU dan Timbalan Pengarah(Sokongan Akademik) PMU

    Perjalanan ke seberang sungai

    PRSPMU Menawan Gua Niah 2010

      Program Bersamamu Kanak-kanak Istimewa Persatuan Penyayang Miri, Miri Sarawak.
      1 Ogos 2010.
      • Program amal dan sumbangan kepada Kanak-kanak Istimewa di Miri Sarawak
      • Seramai 38 orang kanak-kanak istimewa dirai pada hari tersebut dengan tarian sayang kinabalu.
      •  
      Sebahagian dari penghuni Rumah Penyayang Miri

      Penyampaian cenderahati dari PMU kepada pihak Rumah Penyayang oleh Pengarah PMU

        Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Sekitar Mukah, di Kantin PMU.
        14 Ogos 2010.
        • Majlis berbuka puasa tersebut dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Mukah Sarawak sendiri.
        • Seramai 100 orang anak yatim sekitar Mukah dan seramai 80 orang anak yatim dan miskin di PMU dijemput dan disampaikan sumbangan.
        • Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Soul 2 In Soft  PMU.
        • Pensyarah dan staf PMU yang sporting
          Antara anak yatim dan miskin sekitar Mukah yang dijemput hadir
        Bengkel Kecemerlangan Akademik PMU 2010, Dewan Serbaguna PMU.
        8 Oktober 2010.
        • Bengkel ini bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar semester 1 PMU untuk mengenali sistem pembelajaran dan peperiksaan di PMU dan membantu mereka membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir di PMU.
        • Disertai oleh seramai 500 orang pelajar semester 1 PMU.
        • Turut diadakan sesi mentor mentee iaitu pelajar dari semester 1 diserahkan kepada mentor yang terdiri daripada ahli PRSP dan pemegang Anugerah Ketua Jabatan (AKJ)
        Program T.O.T. Anti Dadah Zon Borneo, Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah.
        11-14 Oktober 2010.
        Wakil PRSPMU

        Sesi Bergambar di Majlis Penutupan
        • Program memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya dadah dan pencegahan.
        • seramai 10 orang ahli PRSP PMU terlibat dalam program peringkat Zon Borneo tersebut.
        Majlis Makan Malam dan Penangguhan PRSP sesi Jun 2010.
        23 Oktober 2010.

        Macam-macam fesyen malam "Retro Night" PRSP

        Pensyarah, staf,Pengarah PMU dan juga Timbalan Pengarah(Sokongan Akademik) PMU yangg turut hadir ke majlis
        • Majlis makan malam bagi meraikan sumbangan semua ahli PRSP terutamanya ahli yang berada di semester terakhir yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program PRSP.
        • Majlis dirasmikan oleh Pengarah PMU dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan pensyarah-pensyarah.
        • Turut diadakan sesi karaoke.



          1 comments:

          semoga dengan tahun baru ini, PRSP lebih hebat.. amin...

          Post a Comment