Saturday, January 15, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN AKADEMIK

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Saturday, January 15, 2011 2 comments









Tahniah diucapkan kepada semua Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah Sarawak (PRSP PMU) di atas kejayaan menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Akademik bagi sesi Disember 2010 yang telah berlangsung pada 14 Januari 2011 di Dewan Kuliah Utama PMU. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Shafina Bt Sabeli selaku Pengarah Program untuk Bengkel Kecemerlangan Akademik. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pelajar-pelajar Anugerah Ketua Jabatan(AKJ) dan pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program PRSPMU dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya(UPPsi). Selain itu, kepada semua pelajar-pelajar semester 1 Sesi Disember 2010, ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi kerjasama dengan kami PRSPMU dan Unit Psikologi dan Kerjaya (UPPsi) PMU. Terima kasih juga diatas kehadiran Puan Rosnee Binti Zainol (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMU) diatas kesudian beliau hadir ke program kami.


Antara kandungan program :
1. Membincangkan langkah-langkah menghadapi peperiksaan dengan bijak.
2. Menerangkan cara-cara mengamalkan kehidupan di dalam kampus dengan sihat.
3. Sesi pengkongsian pengalaman/ilmu/teknik dengan senior-senior terutamanya pelajar AKJ PMU.

Gambar semasa program berlangsung,

Sesi Pendaftaran Pelajar pada jam 2.15ptg


Sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar semester 1 


Sesi memanaskan badan sebelum program bermula oleh saudara Gerald Arnold Majunting


Antara pelajar yang hadir


Ceramah dari Cik Woo Chiat Sing Pegawai Psikologi dan Kerjaya PMU




Sesi mentor (ahli PRSPMU) bersama mentee


Lagi gambar semasa sesi pengkongsian








Dengan bersemangatnya ahli PRSPMU semasa dalam sesi bersama mentee
Tepukan kasih sayang dari semua ahli PRSPMU yang hadir kepada semua pelajar sebelum program tamat
p/s bersedia untuk program seterusnya 'Gelora Cinta Remaja'

SUARA ANDA PERHATIAN KAMI..BANTU DIRI BANTU RAKAN..PRSPMU HEBAT!

2 comments:

best ! yes ! bersedia dengan program Gelora Cinta Remaja :)

=)
Tahniah dan jutaan terima kasih...................

Post a Comment