Wednesday, January 5, 2011

GELORA CINTA REMAJA

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Wednesday, January 05, 2011 1 comments

TARIKH : 21 JANUARI 2011
TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA(DKU) POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
MASA : 7.30PM-10.00PM






Gelora Cinta Remaja merupakan program yang dianjur oleh PRSP PMU dan Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya (UPPsi).                                          

Program ini diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada pelajar PMU akan erti cinta yang sebenar yakni cinta yang sihat dan suci serta tip-tip menarik dalam dunia percintaan.

Program ini juga akan mengupas bagaimana cinta yang berjaya dan cinta yang punah serta kesan-kesannya.

Program ini juga diharap mampu membantu pelajar dalam mengharungi cinta di alam remaja ini terutama cinta dalam tempoh belajar dengan indah dan sukses.

Sekiranya anda merasakan anda sedang mencari cinta, dilamun cinta, angau cinta, jatuh cinta, cinta tak bersambut, cinta tiga segi, hambar dalam percintaan dan putus cinta atau ditinggalkan...

Ayuh... sertai program ini bersama kami. 

Jangan takut jangan gentar...
kerana cinta itu buta dan suci... dari program ini anda mampu mengubahnya...

Datanglah beramai-ramai dengan hati yang mulus.

Ingat... Semua warga PMU dijemput.

SUARA ANDA PERHATIAN KAMI.BANTU DIRI BANTU RAKAN.PRSPMU HEBAT!

1 comments:

cinta yang berputik hari ini akan menjadi indah dan kekal abadi sekiranya kita bijak melayarkaannya.. jangan biar diri hanyut dalam keterlanjuran nafsu sendiri... datang.. dan kutiplah tip-tip menarik untuk menjadikan kita Dortor Cinta.. heheh

Post a Comment