Sunday, February 6, 2011

Gelora Cinta Remaja

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Sunday, February 06, 2011 0 comments

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?



class="Apple-style-span" style="font-family: 'Trebuchet MS', sans-serif;">



Adakah perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis sahaja?? 
Cinta suci...
Cinta agung...
Semoga perhubungan diberkati dan kekal...




Apa yang kita fahami tentang erti cinta? Jika kita tanyakan persoalan ini kepada para remaja yang sedang hangat bercinta, pelbagai jawapan yang akan diperolehi. Di antara jawapan itu mungkin ada yang berkata: Cinta adalah kasih sayang, cinta adalah buta, cinta adalah        rindu-rinduan, cinta adalah tempat meluahkan perasaan dan pelbagai jawapan lagi. Ini hanyalah jawapan pada tanggapan mereka sahaja bahawa cinta bermaksud sedemikian. Betulkah maksud cinta seperti yang para remaja itu fahami?




Kerna itu pihak PRSPPMU dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya(UPPsi) telah menyusun satu program yang khusus untuk menjawab dan menjelaskan permasalahan ini. 

Gelora Cinta Remaja

Gah pada namanya mencetus satu persoalan dalam jiwa setiap remaja pabila program ini digembar-gemburkan pada hari pertama ia diiklankan. Seribu tanda tanya diluahkan pada pihak PRSPMU. Terima kasih diatas komitmen setiap ahli PRSP semester ini kerna  menjayakan program ini dan juga saudara Danny Chieng Lee Wee selaku Pengarah Program.

Persiapan akhir yang dibuat pada petang tersebut

Tema pada malam tersebut adalah merah+Hitam+putih

Replika berbentuk hati

Persiapan untuk menyiapkan teks ucapan saudari pengacara majlis
Sesi raptai penuh
Pada malam (21 Januari 2011)  tersebut program ini dihangatkan oleh Puan Didi Reena Bt Matzen sebagai salah satu sesi pembukaan program. Diselingkan lagi dengan video yang diharapkan dapat memberi sedikit iktibar kepada para remaja PMU khususnya. 

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah forum bertajuk ' Gelora Cinta Remaja'. Panel dijemput khas dari luar iaitu :
1.Sarjan Ajahar B Bakar (Penolong Pegawai Penyiasat PDRM, IPD Mukah)
2. Dr Osman Rafaie (Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah)
3. Ustazah Haarolliza Bt Bol Hassan (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIS Bahagian Mukah)




Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Abdubrani Bin Yunus, Timbalan Pengarah(Akademik) Politeknik Mukah Sarawak dan juga pensyarah-pensyarah PMU. Sokongan yang amat mengalakan dari para pelajar PMU sendiri sehingga kami boleh mengatakan ' FULLHOUSE' untuk Dewan Kuliah Utama(DKU) tempat dimana program ini berlangsung. Terima kasih kami ucapkan kerana menyokong program kami. Kami akan berusaha lagi untuk memperbaiki segala kesilapan yang berlaku semasa program dan meningkatkan mutu program kami pada masa depan.




Segala persoalan terjawab pada malam tersebut, program bukan bertujuan untuk mengajak para remaja yang tidak bercinta untuk bercinta dan mencari pasangan. Namun utama program ini disediakan adalah untuk memberitahu dan mengingatkan para remaja yang sedang hangat bercinta  atau yang tidak bercinta pun sekarang ini agar berjaga-jaga dengan





fitnah dunia.




Akhir kata dari kami pihak PRSPMU:





Bantu Diri Bantu Rakan, Suara Anda Perhatian Kami, PRSPMU Hebat!





p/s gambar akan dimuatnaik kelak kerana kekurangan sumber.Harap maklum

Laporan disediakan Exco Penerbitan dan Publisiti PRSPMU
 © Dis 2010.All Rights Reserved.



0 comments:

Post a Comment