Laman blog PRSPMU merupakan laman rasmi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah Sarawak yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan persatuan ini untuk menyebarluaskan sebarang informasi terkini berkaitan persatuan ini kepada ahli-ahlinya, warga PMU dan juga pelawat dengan lebih berkesan. Menerusi laman ini, anda akan didedahkan dengan perjalanan aktiviti persatuan, perancangan program serta segala yang berkaitan dengan perkembangan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah Sarawak.