Sunday, October 16, 2011

Kem Induksi 'Camp Rock' PRSP 2011.

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Sunday, October 16, 2011 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga pembaca blog PRSPMU ini :)

Seperti yang sedia maklum, adalah menjadi satu aktiviti wajib bagi organisasi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik untuk mengadakan satu Kem Induksi khas untuk ahli ahli PRSP. Aktiviti ini juga diuruskan sepnuhnya oleh Pegawai Psikologi dengan bantuan Ahli- Ahli jawatankuasa Program ini yang telah dilantik semasa pengurusan kertas kerja untuk Induksi ini. Bagi sesi Jun 2011,Kem yang diadakan dinamakan 'Camp Rock'. Kem induksi ini telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 - 25 September 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Kem Kemuyang, Sibu.

Antara objektif kursus ini adalah :
  • Sebagai pengenalan kepada ahli baru tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Siswa
  • Melahirkan individu-individu yang bermotivasi tinggi terutama dalam kalangan ahli Pembimbing Rakan Siswa sendiri.
  • Menjadi titik permulaan dan kepimpinan dalam kalangan ahli.
  • Membina budaya kasih mesra dan sling membantu dikalangan pelajar.
  • Membina asas jati diri dalam kalangan ahli Pembimbing Rakan Siswa
  • Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
  • Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain dan memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan pelajar.


Banyak aktiviti yang telah diadakan dalam Kem induksi mengikut modul modul yang disediakan sebelum Kem induksi tersebut dijalankan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dibawah adalah sebahagian gambar gambar kenangan semasa Kem tersebut.


di perkarangan Pejabat Warden, dan di dalam perjalan ke Kem Kemuyang Sibu. semuanya kelihatan bersemangat untuk terus meneruskan aktiviti tersebut.


pada sebelah petang , sesi Ice- Breaking diadakan bawah seliaan Miss Woo Chiat Sing. dan sebelah malam, Sesi Memanggang Ayam, Sosej dan Kentang. semuanya bersemangat.


sebelah malam, sambil menunggu makanan siap disediakan. LDK 2. nyanyian lagu rock daripada semua peserta mengikut kumpulan.


semua peserta kelihatan bersemangat mendengarkan arahan yang disampaikan.


LDK diteruskan lagi pada keesokkan harinya,


sukaneka seawal 8pagi selepas sarapan kelolaan Miss Woo Chiat Sing dan juga disertai semua pegawai pengiring aktiviti ini.


LDK Guess Who. semua yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat juga berjaya menyingkirkan nya dalam semua LDK yang disediakan. begitulah caranya berhadapan dengan orang ramai. :)


Explorace untuk LDK yang seterusnya. semua peserta diberikan checkpoint yang berbeza beza. waaa, lihat saja pada gambar, pserta juga ada diminta masuk ke dalam kolam di sekitar kem tersebut.

Keesokkan harinya, semua pserta, pengiring, dan Ahlijawatankuasa beransur pulang dan mengikut rancangan, kami singgah di Rumah Seri Kenangan , Sibu. Ramai juga warga-warga emas yang ditempatkan di rumah tersebut, atas sebab sebab dan kisah kisah tertentu. sesetengah kisahnya sangat menyayat hati semua ahli PRSP. dan itu juga menjadi peranan seorang yang bergelar PRSP yang mana, mendengar dan  memahami situasi yang berlaku. alhamdulillah, semua warga emas yang ada di tempat tersebut agak gembira dengan kehadiran ahli PRSP dan aktif pada ketika itu. Ahli PRSP sememangnya berjaya untuk membuat semua warga emas di sana tersenyum dengan lebar sekali. 

'Hargailah orang tua kita selagi mereka masih ada.'

antara gambar gambar yang di ambil di Rumah Seri Kenangan, Sibu.


agak menyayat hati.

Ahli PRSP dan pegawai pengiring juga dibawa untuk melihat situasi di Wad Wad khas dan bahagian-bahagian lain di sana.

sememangnya Camp Rock kali ini memang meninggalkan kenangan yang mendalam.

Terima kasih kepada semua Ahli PRSP yang memberi kerjasama yang amat gigih sekali.
PRSPMU HEBAT. SUARA ANDA PERHATIAN KAMI.

2 comments:

Post a Comment