Artikel Terkini

Sunday, October 16, 2011

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Sunday, October 16, 2011 2 comments

Kem Induksi 'Camp Rock' PRSP 2011.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga pembaca blog PRSPMU ini :)

Seperti yang sedia maklum, adalah menjadi satu aktiviti wajib bagi organisasi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik untuk mengadakan satu Kem Induksi khas untuk ahli ahli PRSP. Aktiviti ini juga diuruskan sepnuhnya oleh Pegawai Psikologi dengan bantuan Ahli- Ahli jawatankuasa Program ini yang telah dilantik semasa pengurusan kertas kerja untuk Induksi ini. Bagi sesi Jun 2011,Kem yang diadakan dinamakan 'Camp Rock'. Kem induksi ini telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 - 25 September 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Kem Kemuyang, Sibu.

Antara objektif kursus ini adalah :
  • Sebagai pengenalan kepada ahli baru tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Siswa
  • Melahirkan individu-individu yang bermotivasi tinggi terutama dalam kalangan ahli Pembimbing Rakan Siswa sendiri.
  • Menjadi titik permulaan dan kepimpinan dalam kalangan ahli.
  • Membina budaya kasih mesra dan sling membantu dikalangan pelajar.
  • Membina asas jati diri dalam kalangan ahli Pembimbing Rakan Siswa
  • Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
  • Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain dan memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan pelajar.


Banyak aktiviti yang telah diadakan dalam Kem induksi mengikut modul modul yang disediakan sebelum Kem induksi tersebut dijalankan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dibawah adalah sebahagian gambar gambar kenangan semasa Kem tersebut.


di perkarangan Pejabat Warden, dan di dalam perjalan ke Kem Kemuyang Sibu. semuanya kelihatan bersemangat untuk terus meneruskan aktiviti tersebut.


pada sebelah petang , sesi Ice- Breaking diadakan bawah seliaan Miss Woo Chiat Sing. dan sebelah malam, Sesi Memanggang Ayam, Sosej dan Kentang. semuanya bersemangat.


sebelah malam, sambil menunggu makanan siap disediakan. LDK 2. nyanyian lagu rock daripada semua peserta mengikut kumpulan.


semua peserta kelihatan bersemangat mendengarkan arahan yang disampaikan.


LDK diteruskan lagi pada keesokkan harinya,


sukaneka seawal 8pagi selepas sarapan kelolaan Miss Woo Chiat Sing dan juga disertai semua pegawai pengiring aktiviti ini.


LDK Guess Who. semua yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat juga berjaya menyingkirkan nya dalam semua LDK yang disediakan. begitulah caranya berhadapan dengan orang ramai. :)


Explorace untuk LDK yang seterusnya. semua peserta diberikan checkpoint yang berbeza beza. waaa, lihat saja pada gambar, pserta juga ada diminta masuk ke dalam kolam di sekitar kem tersebut.

Keesokkan harinya, semua pserta, pengiring, dan Ahlijawatankuasa beransur pulang dan mengikut rancangan, kami singgah di Rumah Seri Kenangan , Sibu. Ramai juga warga-warga emas yang ditempatkan di rumah tersebut, atas sebab sebab dan kisah kisah tertentu. sesetengah kisahnya sangat menyayat hati semua ahli PRSP. dan itu juga menjadi peranan seorang yang bergelar PRSP yang mana, mendengar dan  memahami situasi yang berlaku. alhamdulillah, semua warga emas yang ada di tempat tersebut agak gembira dengan kehadiran ahli PRSP dan aktif pada ketika itu. Ahli PRSP sememangnya berjaya untuk membuat semua warga emas di sana tersenyum dengan lebar sekali. 

'Hargailah orang tua kita selagi mereka masih ada.'

antara gambar gambar yang di ambil di Rumah Seri Kenangan, Sibu.


agak menyayat hati.

Ahli PRSP dan pegawai pengiring juga dibawa untuk melihat situasi di Wad Wad khas dan bahagian-bahagian lain di sana.

sememangnya Camp Rock kali ini memang meninggalkan kenangan yang mendalam.

Terima kasih kepada semua Ahli PRSP yang memberi kerjasama yang amat gigih sekali.
PRSPMU HEBAT. SUARA ANDA PERHATIAN KAMI.

Friday, June 10, 2011

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Friday, June 10, 2011 0 comments

Proses Naik Taraf Blog Selesai

Proses naik taraf blog telah selesai walaupun ada beberapa pautan yang belum sempat dikemas kini lagi.Kini blog ini sudah berubah wajah.Template yang baru supaya lebih laju lagi 'loading' nya dan juga ditambah SEO(Search engine optimization) pada template untuk memudahkan anda 'search' kami di mana-mana agen pencarian(google,yahoo,bing dll).Menu diatas juga telah ditambah.Sebarang maklumbalas bolehlah anda menghubungi kami di menu diatas bahagian 'Maklumbalas'.

Thursday, May 26, 2011

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Thursday, May 26, 2011 0 comments

Proses Menaik Taraf Blog


JANGAN PANIK.BLOG KAMI BUKAN DIHACK OLEH MANA-MANA PIHAK..Admin sedang menaiktaraf blog ini.Proses naik taraf akan dijalankan secepat mungkin. Terima kasih kerana melawat blog ini.Buat sementara waktu sesetengah link pada menu diatas tidak dapat berfungsi buat sementara waktu.

Wednesday, May 25, 2011

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Wednesday, May 25, 2011 0 comments

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU PMU!

Salam 1 Malaysia..Salam 1 PMU!!


Bangunan Pentadbiran PMU

Selamat Datang ke Bumi Kenyalang bagi pelajar yang dari semenanjung dan Sabah..Bagi yang sarawakian rasanya ini pertama kali kamu datang ke PMU kan??kecuali anda adalah budak Mukah...takpe2..Kami dari pihak Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana TERPILIH menjadi salah seorang pelajar di PMU. Untuk makluman Politeknik Mukah Sarawak nama pendeknya PMU la..hehe..entry ni khas buat bakal pelajar PMU..

1. Macam mana nak ke PMU.
   a. Kapal Terbang/belon(bahasa sarawak)
   1) KUALA LUMPUR - KUCHING (MAS/AIR ASIA/FIREFLYZ), then KUCHING- MUKAH      (Maswings).
   2) KUALA LUMPUR - SIBU atau JOHOR-SIBU (MAS/AIR ASIA/FIREFLYZ) then SIBU-MUKAH menggunakan BAS
     
 Jika anda turun di Sibu, anda perlu mendapatkan teksi untuk ke Stesen Bas Sibu dan ambil bas dari Sibu ke Mukah. Perjalanan akan jadi lebih singkat jika turun di Kuching dan naik Twin Otter MASWING ke Mukah tetapi flight ini kena tempah awal. Kalau tak tempah awal, jangan harap dapat seat. Masa penerbangan KL-KUCHING dalam satu jam 45 minit, KL-SIBU 2 Jam.Kalau naik bas dari Sibu, perjalanan akan ambil masa 3 jam ke Mukah. 

*Untuk pengetahuan pihak PMU akan menyediakan bus di Airport Sibu untuk mengambil bakal pelajar pada tarikh pendaftaran. Maklumat lanjut hubungi PMU 084-874001..

Bagi yang dari Sarawak..korang direct je pakai bus dari mana daerah kat sarawak ni...nak maklumat lanjut pergi Terminal bus antara daerah kat kawasan korang ye...Tapi rasanya banyak plak family nak antar anak-anak diorg p mendaftarkan nanti...so, pakai je kereta sendiri pergi ke Mukah ni..Insyaallah sampai dan tak akan sesat...:D

2. Mukah??
 Bandar Mukah ni kecil sahaja..tapi ada macam-macam..shopping complex??Kita orang ada Chai guan,Glory nak tau??sini ada Ngukeii gak tau..haha...Mukah macam bandar lain gak. ada bank,Pos Office dll..

Bank di Mukah
a.Bank Simpanan Nasional (BSN)
b.Malayan Banking Berhad (Maybank)
c.Public Bank Berhad
d.Bank Rakyat
e.Agro Bank
f.Hong Leong Bank


fastfood???Kita ada....KFC,Sugarbun dan Marrybrown(coming soon, rasanya will be officially open time korg mendaftar..)

3. Politeknik Mukah  Sarawak (PMU)
Dengan jarak lebih kurang 12KM dari bandar Mukah, kampus PMU boleh dihubungi dengan mudah sama ada melalui kenderaan awam seperti bas, teksi atau van sewa. Kemudahan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh syarikat pengangkutan tempatan boleh digunakan sepanjang hari secara berkala sehingga perkhidmatan bas terakhir adalah pada pukul 6.30 petang(RM2.00 sehala).

Kemudahan di PMU
1. Kamsis
Untuk maklumat pihak PMU menyediakan  kamsis (Kampung Siswa Siswi) untuk semua pelajar semester 1 yang baru mendaftar. Dengan hanya bayaran RM60.00 untuk 1 semester memang dianggap paling murah di Malaysia. Jadi TOLONG GUNA DAN JAGA KEMUDAHAN INI SEBAIKNYA..ni ada sedikit gambar untuk tontonan umum.

kemudahan di dalam bilik


kmudahan didalam bilik 


Bilik dobi


Kafeteria




Pondok Notis


Sanitary Bin (tandas wanita)


Surau di setiap blok kamsis


Tandas dan bilik mandi

Blok kafeteria dan pejabat warden

Blok Pentadbiran (pandangan belakang)


Blok Kamsis lelaki..ada 8 blok (4blok lelaki, 4blok perempuan)


Kawasan pentadbiran kampus


Pusat Islam PMU..Bagi pelajar Islam lelaki jangan risau solat jumaat diadakan setiap minggu di sini

ADA BANYAK LAGI SEBENARNYA..TAPI RAHSIA...HEHE..DATANG SENDIRI KE PMU DAN LIHAT PUAS-PUAS..

PETA MUKAH...(save kan gambar ni supaya nanti dapat zoom)



Link persatuan atau kelab di PMU.
1. Pembimbing Rakan Siswa Politeknik(PRSPMU)
    a. Facebook
    b. Blog

2. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
    a. Facebook

3. Pusat Islam PMU 
  a.   facebook

4. Politeknik Mukah Official  Facebook

5. Laman sesawang PMU


Directori Telefon:
1. PMU= 084874001
2. Bus : a. Suria (084872682)
              b. Coastal Borneo (bus ni yg ulang alik dari PMU ke bandar)-0198941060
3.Majlis Daerah Mukah=084871622
4.Teksi = a. 019551924 b.0138281928 c.0135673088
5. Van = a.0138401861 a.0135792895 c.0198770545

*Nasihat kami=Sila tanya dulu berapa diorg ni charge (tambang) brapa sebelum anda mengesahkan suruh diorg ambik anda..k...Sayangilah Wang anda sebab anda berada di perantauan..

6. Hospital=084871333
7.IPD Mukah=084871222


Senarai maklumat hotel di bandar Mukah:
Sila tekan link ini untuk muat turun CLICK SAYA :)...(Kredit kepada website PMU)


Akhir kata, kami dari pihak PRSPMU ingin mengucapkan TAHNIAH kepada anda kerana berjaya ke PMU dan selamat datang. Insyaallah anda akan berjaya di PMU kelak.


Bantu Diri Bantu Rakan. PRSPMU Hebat!

Monday, May 9, 2011

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Monday, May 09, 2011 0 comments

Cara nak Detect Antivirus korang tu power ke tak??


Kat dalam dunia ni ada macam-macam jenis Antivirus kat pasaran. Tak kisah la korang guna antivirus apa pun, jom kita buat 1 eksperimen mudah untuk periksa antivirus kita tu ok ke, berfungsi untukk halang virus-virus masuk atau tidak...

1) Pertama sekali buka Notepad...

2) Copy n paste ayat ni dalam Notepad -> X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3) Save note tadi sebagai -> virus.com

4) Kalo Antivirus korang berfungsi dengan baik, dia akan block virus tadi. 



5. Kalau Antivirus korang tu kuat belum nak save pun dah detect. Try korang scan file tu. Kalo tak detect juga...NAMPAKNYEE...'kita bakor je!!' haha..takdela.

'get a new antivirus la ho'

Sekian sahaja tips keselamatan ICT dari pihak PRSPMU