Wednesday, May 25, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU PMU!

Posted by PEMBIMBING RAKAN SISWA PMU On Wednesday, May 25, 2011 0 comments

Salam 1 Malaysia..Salam 1 PMU!!



Bangunan Pentadbiran PMU

Selamat Datang ke Bumi Kenyalang bagi pelajar yang dari semenanjung dan Sabah..Bagi yang sarawakian rasanya ini pertama kali kamu datang ke PMU kan??kecuali anda adalah budak Mukah...takpe2..Kami dari pihak Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Mukah ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana TERPILIH menjadi salah seorang pelajar di PMU. Untuk makluman Politeknik Mukah Sarawak nama pendeknya PMU la..hehe..entry ni khas buat bakal pelajar PMU..

1. Macam mana nak ke PMU.
   a. Kapal Terbang/belon(bahasa sarawak)
   1) KUALA LUMPUR - KUCHING (MAS/AIR ASIA/FIREFLYZ), then KUCHING- MUKAH      (Maswings).
   2) KUALA LUMPUR - SIBU atau JOHOR-SIBU (MAS/AIR ASIA/FIREFLYZ) then SIBU-MUKAH menggunakan BAS
     
 Jika anda turun di Sibu, anda perlu mendapatkan teksi untuk ke Stesen Bas Sibu dan ambil bas dari Sibu ke Mukah. Perjalanan akan jadi lebih singkat jika turun di Kuching dan naik Twin Otter MASWING ke Mukah tetapi flight ini kena tempah awal. Kalau tak tempah awal, jangan harap dapat seat. Masa penerbangan KL-KUCHING dalam satu jam 45 minit, KL-SIBU 2 Jam.Kalau naik bas dari Sibu, perjalanan akan ambil masa 3 jam ke Mukah. 

*Untuk pengetahuan pihak PMU akan menyediakan bus di Airport Sibu untuk mengambil bakal pelajar pada tarikh pendaftaran. Maklumat lanjut hubungi PMU 084-874001..

Bagi yang dari Sarawak..korang direct je pakai bus dari mana daerah kat sarawak ni...nak maklumat lanjut pergi Terminal bus antara daerah kat kawasan korang ye...Tapi rasanya banyak plak family nak antar anak-anak diorg p mendaftarkan nanti...so, pakai je kereta sendiri pergi ke Mukah ni..Insyaallah sampai dan tak akan sesat...:D

2. Mukah??
 Bandar Mukah ni kecil sahaja..tapi ada macam-macam..shopping complex??Kita orang ada Chai guan,Glory nak tau??sini ada Ngukeii gak tau..haha...Mukah macam bandar lain gak. ada bank,Pos Office dll..

Bank di Mukah
a.Bank Simpanan Nasional (BSN)
b.Malayan Banking Berhad (Maybank)
c.Public Bank Berhad
d.Bank Rakyat
e.Agro Bank
f.Hong Leong Bank


fastfood???Kita ada....KFC,Sugarbun dan Marrybrown(coming soon, rasanya will be officially open time korg mendaftar..)

3. Politeknik Mukah  Sarawak (PMU)
Dengan jarak lebih kurang 12KM dari bandar Mukah, kampus PMU boleh dihubungi dengan mudah sama ada melalui kenderaan awam seperti bas, teksi atau van sewa. Kemudahan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh syarikat pengangkutan tempatan boleh digunakan sepanjang hari secara berkala sehingga perkhidmatan bas terakhir adalah pada pukul 6.30 petang(RM2.00 sehala).

Kemudahan di PMU
1. Kamsis
Untuk maklumat pihak PMU menyediakan  kamsis (Kampung Siswa Siswi) untuk semua pelajar semester 1 yang baru mendaftar. Dengan hanya bayaran RM60.00 untuk 1 semester memang dianggap paling murah di Malaysia. Jadi TOLONG GUNA DAN JAGA KEMUDAHAN INI SEBAIKNYA..ni ada sedikit gambar untuk tontonan umum.

kemudahan di dalam bilik


kmudahan didalam bilik 


Bilik dobi


Kafeteria




Pondok Notis


Sanitary Bin (tandas wanita)


Surau di setiap blok kamsis


Tandas dan bilik mandi

Blok kafeteria dan pejabat warden

Blok Pentadbiran (pandangan belakang)


Blok Kamsis lelaki..ada 8 blok (4blok lelaki, 4blok perempuan)


Kawasan pentadbiran kampus


Pusat Islam PMU..Bagi pelajar Islam lelaki jangan risau solat jumaat diadakan setiap minggu di sini

ADA BANYAK LAGI SEBENARNYA..TAPI RAHSIA...HEHE..DATANG SENDIRI KE PMU DAN LIHAT PUAS-PUAS..

PETA MUKAH...(save kan gambar ni supaya nanti dapat zoom)



Link persatuan atau kelab di PMU.
1. Pembimbing Rakan Siswa Politeknik(PRSPMU)
    a. Facebook
    b. Blog

2. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
    a. Facebook

3. Pusat Islam PMU 
  a.   facebook

4. Politeknik Mukah Official  Facebook

5. Laman sesawang PMU


Directori Telefon:
1. PMU= 084874001
2. Bus : a. Suria (084872682)
              b. Coastal Borneo (bus ni yg ulang alik dari PMU ke bandar)-0198941060
3.Majlis Daerah Mukah=084871622
4.Teksi = a. 019551924 b.0138281928 c.0135673088
5. Van = a.0138401861 a.0135792895 c.0198770545

*Nasihat kami=Sila tanya dulu berapa diorg ni charge (tambang) brapa sebelum anda mengesahkan suruh diorg ambik anda..k...Sayangilah Wang anda sebab anda berada di perantauan..

6. Hospital=084871333
7.IPD Mukah=084871222


Senarai maklumat hotel di bandar Mukah:
Sila tekan link ini untuk muat turun CLICK SAYA :)...(Kredit kepada website PMU)


Akhir kata, kami dari pihak PRSPMU ingin mengucapkan TAHNIAH kepada anda kerana berjaya ke PMU dan selamat datang. Insyaallah anda akan berjaya di PMU kelak.


Bantu Diri Bantu Rakan. PRSPMU Hebat!

0 comments:

Post a Comment