Induksi Asas PRSP PMU di Kem Biro Wanita Sarawak, Kuching Sarawak.
29-30 April 2010.
- Merupakan kursus asas bagi semua ahli baru PRSP
- Disertai 60 orang ahli PRSP
- Bagi membina keyakinan diri, bakat memimpin dan membimbing dalam diri sebagaimana yang diperlukan sebagai seorang ahli PRSP
- Menekankan kepada peranan dan tangungjawab sebenar sebagai ahli PRSP
- Disamping meningkatkan motivasi dan semangat dalam diri.
- Ceramah Peranan PRSP disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Kolej Komuniti Kuching yang dijemput khas.
- Aktiviti yang terlibat seperti Kemahiran Asas Menolong, Kemahiran Mendengar, Komunikasi Berkesan serta beberapa LDK dan Permainan.
Ekspedisi Pendakian Gunung Santubong, Kuching Sarawak.
1 Mei 2010.
- Pendakian disertai oleh seramai 60 orang ahli PRSP dan 9 Orang Pensyarah Pengiring serta seorang Pegawai Psikologi.
- Objektif pendakian ini adalah bagi membina semangat dan ketahanan mental dan fizikal peserta serta semangat berpasukan antara ahli.
- Pendakian dipandu oleh Pengakap dari Sekolah Menengah Teknik Sejingkat Kuching Sarawak.
- Pendakian bermula pada jam 9 pagi dan berjaya menawan puncak Santubong pada jam 12 tengahari.
- Pasukan pendakian berjaya menuruni gunung santubong pada jam 3 petang.
Pegawai psikologi, Pensyarah Bimbingan Kauseling Jabatan dan Pensyarah Pengiring |
Antara ahli-ahli PRSPMU yang ikut mendaki |
"Sampai dah!" |
Program Bersamamu Rumah Seri Kenangan Kuching Sarawak.
2 Mei 2010.
- Program amal PRSP
- Seramai 60 orang ahli terlibat
- Tujuan selain melibatkan diri dengan kerja amal adalah bagi memupuk nilai-nilai murni dan kasih sayang terhadap orang yang kurang bernasib baik.
- Seramai 100 orang-orang tua disampaikan sumbangan dan dihiburkan
Program Special Training For Young Leaders (STYLE) untuk PRSP di FELDA Residence Resort, Trolak, Sungkai Perak.
7-11 Mei 2010.
- Merupakan program peringkat Kebangsaan yang melibatkan sebanyak 27 buah Politeknik seluruh Negara.
- Seramai hampir 200 orang pelajar yang terdiri daripada ahli PRSP setiap politeknik dan enam (6) orang pelajar daripada PMU.
- Program berbentuk kepimpinan bertujuan melahirkan pemimpin dan pembimbing yang berkaliber.
- Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
PRSP Seluruh Malaysia |
Kem Personaliti Unggul PRSP PMU 2010 di Gua Long House, Bakam, Miri Sarawak.
29-30 Julai 2010.- Disertai oleh seramai 60 orang pelajar dan diiringi oleh 9 orang pegawai pengiring dan seorang Pegawai Psikologi.
- Bermatlamatkan membentuk pembimbing yang lebih berwibawa dan berperwatakan menarik untuk dijadikan role model kepada pelajar-pelajar lain.
- Program ini bertambah menarik kerana dijalankan di Rumah Panjang iaitu rumah orang Iban di Sarawak.
- Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya sesi Ice Breaking, Explorace, Art Terapi dan LDK-LDK.
Ekspedisi Gua Niah, Niah National Park, Batu Niah, Miri Sarawak.
31 Julai 2010.- Seramai 60 orang ahli PRSP diiring 10 orang pegawai termasuk Pegawai Psikologi.
- Lebih menarik ekspedisi ini turut disertai oleh Pengarah PMU sendiri dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMU.
Ahli PRSP bersama dengan Pengarah PMU dan Timbalan Pengarah(Sokongan Akademik) PMU |
Perjalanan ke seberang sungai |
PRSPMU Menawan Gua Niah 2010 |
Program Bersamamu Kanak-kanak Istimewa Persatuan Penyayang Miri, Miri Sarawak.
1 Ogos 2010.
- Program amal dan sumbangan kepada Kanak-kanak Istimewa di Miri Sarawak
- Seramai 38 orang kanak-kanak istimewa dirai pada hari tersebut dengan tarian sayang kinabalu.
Sebahagian dari penghuni Rumah Penyayang Miri |
Penyampaian cenderahati dari PMU kepada pihak Rumah Penyayang oleh Pengarah PMU |
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Sekitar Mukah, di Kantin PMU.
14 Ogos 2010.- Majlis berbuka puasa tersebut dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Mukah Sarawak sendiri.
- Seramai 100 orang anak yatim sekitar Mukah dan seramai 80 orang anak yatim dan miskin di PMU dijemput dan disampaikan sumbangan.
- Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Soul 2 In Soft PMU.
Pensyarah dan staf PMU yang sporting |
Antara anak yatim dan miskin sekitar Mukah yang dijemput hadir |
Bengkel Kecemerlangan Akademik PMU 2010, Dewan Serbaguna PMU.
8 Oktober 2010.
- Bengkel ini bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar semester 1 PMU untuk mengenali sistem pembelajaran dan peperiksaan di PMU dan membantu mereka membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir di PMU.
- Disertai oleh seramai 500 orang pelajar semester 1 PMU.
- Turut diadakan sesi mentor mentee iaitu pelajar dari semester 1 diserahkan kepada mentor yang terdiri daripada ahli PRSP dan pemegang Anugerah Ketua Jabatan (AKJ)
Program T.O.T. Anti Dadah Zon Borneo, Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah.
11-14 Oktober 2010.
Wakil PRSPMU |
Sesi Bergambar di Majlis Penutupan |
- Program memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya dadah dan pencegahan.
- seramai 10 orang ahli PRSP PMU terlibat dalam program peringkat Zon Borneo tersebut.
Majlis Makan Malam dan Penangguhan PRSP sesi Jun 2010.
23 Oktober 2010.
Macam-macam fesyen malam "Retro Night" PRSP |
Pensyarah, staf,Pengarah PMU dan juga Timbalan Pengarah(Sokongan Akademik) PMU yangg turut hadir ke majlis |
- Majlis makan malam bagi meraikan sumbangan semua ahli PRSP terutamanya ahli yang berada di semester terakhir yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program PRSP.
- Majlis dirasmikan oleh Pengarah PMU dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan pensyarah-pensyarah.
- Turut diadakan sesi karaoke.
1 comments:
semoga dengan tahun baru ini, PRSP lebih hebat.. amin...
Post a Comment