Sekali lagi selepas beberapa minggu pihak PRSPMU bertungkus lumus untuk membuat program kepada siswa dan siswi PMU, pada minggu ini pihak kami telah menjalankan program 'One Day Without Stress' dengan jayanya (Ahad lepas 13 Febuari 2011). Tahniah kepada Pengarah program saudara Nelson Ak Dunggau.
Antara objektif utama program ini adalah:
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai langkah-langkah bagi menghadapi dan mengawal tekanan dan seterusnya mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar yang cemerlang di Politeknik Mukah Sarawak supaya menjadi pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum serta sahsiah.
Diawal program pihak PRSPMU menghadapi sedikit masalah iaitu masalah bus. Ini disebabkan oleh kesesakan program pada pertengahan semester sehingga menyebabkan pemandu bus dan bus itu sendiri hampir kami tidak dapat tempah. Tapi dengan tindakan awal dari pihak pengurusan PRSP semester ini, kami berjaya juga menempah bus dengan pemandu itu sekali..hehehe..tapi masalah tidak dapat dijangka juga. Selepas menunggu di pejabat warden sekian lama, bus tidak muncul juga. Aduh!mcm mana ni??nak batal??tapi kami ada pelan kecemasan, jikalau hujan atau bus tiada program tetap dijalankan tapi di dalam kawasan Politeknik sahaja iaitu di dalam Dewan Serbaguna (DSG) PMU..(Terima kasih Miss Woo, dia dah tempah DSG awal2). Selepas usaha mencari dimanakah bus kami itu pergi.
AKHIRNYAAAA....
BUS DATANG!! huhu
tapi ...
SEBUAH SAHAJA hohoho...
tapi tak pe...terpaksa la buat 2 trip..
ini diantara gambar sepanjang program berlangsung.
Antara LDK yang dilakukan |
Sesi pembentangan semasa LDK 'Istana Pasir' (Maaf gambar agak gelap sebab dah nak senja) |
LDK Istana Pasir |
Permainan duit 5$ |
Berhenti rehat sekejap untuk solat Asar |